GroupMe 3.0 Kini Turut Sama Menyokong Pengguna Dari Malaysia

GroupMe 3.0 Kini Turut Sama Menyokong Pengguna Dari Malaysia

Diterbitkan pada Ogos 17, 2011 oleh .

Mungkin ramai yang sudah sedia kenali akan aplikasi permesejan GroupMe. Kini, melalui kemaskini yang diperlihatkan pada awal bulan ini, aplikasi permesejan tersebut turut sama menyokong para pengguna dari Malaysia, selain mana turut sama menyokong pelbagai platform, termasuk Windows Phone 7, iOS, BlackBerry dan juga Android.

Walaubagaimanapun, ujian pihak kami sendiri, memperlihatkan penghantaran kod melalui nombor mudah-alih yang diaplikasikan oleh GroupMe mengambil masa yang agak lama untuk diterima oleh para pengguna tempatan. Sebuah ujian ringkas memperlihatkan ianya mengambil masa sehingga 14 hari untuk diterima.

Bagi yang tidak kenali akan GroupMe, ianya membawakan pelbagai fungsi permesejan menarik, dimana para pengguna boleh berkomunikasi dengan rakan-rakan lain dengan mudah dan senang, serta menggunakannya untuk perbincangan berkumpulan dengan senang.

Mereka yang berminat boleh memuat-turun aplikasi GroupMe 3.0 ini secara percuma daripada halaman rasmi mereka untuk iPhone, Android, BlackBerry dan juga Windows Phone 7, dan mula menggunakannya hari ini.


TIPS & ULASAN