Mungkin ramai yang sudah bosan dengan antaramuka Android yang biasa digunakan oleh tablet dan telefon pintar masa kini. Namun ianya mungkin berubah dengan konsep baru Grid yang dibawakan oleh FusionGarage melalui peranti telefon pintar Grid4 dan juga tablet Grid10 mereka.
GridOS dibangunkan sepenuhnya berdasarkan Android, dan membawakan konsep antaramuka yang baru dan menarik, serta cara navigasi yang menarik. Pada masa yang sama, ianya membawakan semua fungsi seperti Android, termasuk sokongan aplikasi Android.
Senarai rakan-rakan dan hubungan juga diperlihatkan dalam bentuk yang amat menarik, selain mengintegrasikan sepenuhnya pada laman-laman sosial, memudahkan anda mengikuti perkembangan rakan-rakan dengan mudah. Animasi pertukaran skrin antara satu sama lain juga amat menarik sekali.
Jadi, apa pendapat anda berkenaan dengan gridOS ini?
Oleh @Obefiend