Photovine Diperkenalkan Untuk Umum – Masih Belum Untuk Pengguna Malaysia

Photovine Diperkenalkan Untuk Umum – Masih Belum Untuk Pengguna Malaysia

Diterbitkan pada Ogos 17, 2011 oleh .

Mungkin ramai yang telah mengikuti perkembangan aplikasi Photovine yang dibangunkan oleh pasukan Slide, yang mana sebahagian daripada Google. Kini menariknya, ianya sudah diperkenalkan kepada semua. Namun begitu, percubaan pihak kami untuk menggunakannya masih gagal, dan masih belum diperkenalkan kepada para pengguna Malaysia.

Secara ringkasnya, Photovine merupakan salah satu cara menarik untuk berkongsi gambar bersama rakan-rakan dan pengguna yang lain. Setiap imej diperlihatkan dalam bentuk tag, dan anda boleh mengikuti gambar-gambar yang dirakamkan oleh pengguna lain dengan mudah dan senang.

Aplikasi Photovine untuk iOS kini sudah pun boleh didapati melalui AppStore, namun masih belum boleh diakses oleh pengguna tempatan buat masa ini. Selain daripada Photovine, pembangun sama juga turut membangunkan aplikasi Disco dan juga Pool Party.


TIPS & ULASAN