Maxis Mulakan Pendaftaran Untuk BlackBerry Bold 9900

Maxis Mulakan Pendaftaran Untuk BlackBerry Bold 9900

Diterbitkan pada Ogos 17, 2011 oleh .

Dengan pelancaran rasmi BlackBerry Bold Touch tempoh hari bersama-sama dengan peranti lain, kini Maxis menjadi yang terawal untuk memulakan pra-daftar untuk peranti tersebut, dimana kini para pengguna yang berminat boleh mendaftarkan minat untuk mendapatkan peranti tersebut melalui Maxis.

BlackBerry Bold 9900 ini membawakan skrin sentuh 2.8-inci bersama-sama dengan papan kekunci QWERTY, selain turut sama membawakan cip pemprosesan 1.2GHz, 768MB RAM,dan juga kamera 5-megapixel dengan sokongan HD padanya.

Buat masa ini, tarikh pelancaran rasminya serta berapakah harga jualannya masih lagi tidak diketahui. Namun mungkin ianya tidak lama lagi, tambahan, ura-ura awal mengatakan yang ianya bakal dilancarkan pada penghujung bulan ini. Sama-sama kita nantikan perkembangannya.


TIPS & ULASAN