Thunderbird 6 Dilancarkan – Kini Menggunakan Enjin Gecko 6

Thunderbird 6 Dilancarkan – Kini Menggunakan Enjin Gecko 6

Diterbitkan pada Ogos 17, 2011 oleh .

Selain daripada Firefox 6 untuk Windows, Linux, Mac dan juga untuk Android, kini pembangun Mozilla dilihat turut sama mengaplikasikan latar masa pembangunan serupa untuk aplikasi lain mereka, dimana kini Thunderbird 6 turut sama telah dilancarkan, membawakan beberapa perubahan padanya.

Salah satu perubahan besar pada Thunderbird 6 adalah penggunaan enjin Gecko sama seperti pada Firefox 6, yang mana secara tidak langsung meningkatkan kestabilan dan prestasi klien emel tersebut. Ianya juga kini menyelesaikan beberapa masalah yang berlaku apabila mengimport emel daripada Microsoft Outlook.

Selain daripada itu, Thunderbird 6 kini lebih mesra Linux, dimana menyokong pelbagai distro baru, selain pada masa yang sama turut sama meningkatkan sokongan untuk Windows 7, dimana kini turut membawakan sokongan jump-list yang terdapat pada Windows 7.

Bagi para pengguna yang berminat, anda boleh memuat-turun Thunderbird 6 untuk Windows, Linux dan juga Mac, dan mula menguruskan emel anda dengan lebih mudah melaluinya.


TIPS & ULASAN