P1 Kini Mempunyai Lebih Daripada 338,000 Orang Pelanggan

P1 Kini Mempunyai Lebih Daripada 338,000 Orang Pelanggan

Diterbitkan pada Ogos 17, 2011 oleh .

Semua semestinya telah ketahui yang mana P1 mensasarkan untuk mencapai sebanyak 450,000 orang pelanggan pada penghujung tahun ini, dan kini melalui data terbaru yang dikeluarkan oleh mereka, ianya memperlihatkan yang mana sehingga penghujung Jun yang lepas, P1 telah mempunyai sebanyak 338,000 orang pelanggan.

Secara kasarnya, ianya memperlihatkan yang mana P1 telah menambah seramai lebih daripada 64,000 orang pengguna pada pertengahan tahun pertama tahun 2011 ini. Selain angka pengguna, P1 turut sama mensasarkan untuk memperluaskan liputan di Semenanjung Malaysia kepada 55% ataupun secara kasarnya lebih 1600 pusat P1. Buat masa ini, mereka mempunyai sebanyak 1083 pusat di Semenanjung Malaysia.

Pada masa yang sama, P1 juga kini dalam perbincangan bersama-sama dengan Telekom Malaysia untuk menggunakan rangkaian jalur-lebar berkelajuan tinggi (HSBB) daripada TM, dan mungkin akan mendapat keputusan positif sebelum berakhirnya tahun ini. Selain itu, mereka juga turut mensasarkan untuk mendapatkan spektrum 2.5GHz/2.6GHz kepada tambahan daripada spektrum 2.3GHz sedia ada.


TIPS & ULASAN