Cari @ Amanz

TeamViewer Membolehkan Anda Mengakses Komputer Menggunakan Peranti Android Atau iOS

Oleh Aman

Link Copied!

Mungkin ramai yang sedia kenali akan aplikasi TeamViewer. Melaluinya, ianya membolehkan para pengguna menghantar dan mengakses fail menggunakan sebarang peranti mudah-alih kepada desktop dan sebaliknya dengan mudah, selain pada masa yang sama menyediakan akses Remote Control melaluinya.

Melalui TeamViewer, para pengguna boleh menghantar dan menerima fail diantara peranti mudah-alih dan juga desktop dengan mudah, sekaligus memudahkan kerja anda menguruskan fail, serta pada masa yang sama memproses fail dan dokumen dengan mudah dimana sahaja anda berada.

Selain daripada itu, salah satu fungsi menarik pada TeamViewer adalah sokongan Remote Control. Melaluinya, ianya membolehkan para pengguna untuk mengawal komputer dan desktop terus menggunakan peranti mudah-alih mereka. Paparan skrin yang diperlihatkan juga adalah sama seperti mana yang diperlihatkan pada desktop komputer anda.

Buat masa ini, TeamViewer menyokong Windows, Linux, dan juga Mac, selain pada masa yang sama turut menyediakan aplikasi mudah-alih untuk pengguna Android, iPhone dan juga iPad. Ianya juga ditawarkan secara percuma untuk kegunaan peribadi.

Terima kasih kepada @NoktahHitam


Komen ()