Cari @ Amanz

Setelah Maxis menjadi yang terawal menawarkan BlackBerry PlayBook, kini pihak UMobile turut sama mengikut, dimana kini mereka telah pun mula menawarkan tablet pertama daripada RIM itu pada harga serendah RM1,199 untuk 16GB dan juga RM1699 untuk 64GB.

Namun apa yang menariknya adalah dimana ianya ditulis BlackBerry PlayBook ditawarkan tanpa sebarang kontrak. Untuk mendapatkannya, anda hanya perlu beralih kepada pakej BIS daripada UMobile pada harga RM68 sebulan, dan sudah boleh mendapatkan peranti tersebut.

Ianya turut sama diperlihatkan yang mana tawaran harga tersebut hanya untuk pelanggan baru yang beralih perkhidmatan BIS kepada UMobile sahaja, sebaliknya pelanggan sedia ada UMobile BIS, boleh mendapatkannya pada harga RM1599 untuk 16GB dan juga 64GB pada harga RM2199. Pengguna yang berminat boleh mendapatkan maklumat lanjut berkaitan dengan ini terus daripada halaman rasmi UMobile BlackBerry.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd