Unity Pada Oneiric Ocelot Bakal Diberikan Nafas Baru

Unity Pada Oneiric Ocelot Bakal Diberikan Nafas Baru

Diterbitkan pada Ogos 17, 2011 oleh .

Mark Shuttleworth kini telah pun mengumumkan yang mana mereka bakal membawakan pelbagai perubahan menarik pada antaramuka Unity melalui Ubuntu 11.10 Oneiric Ocelot kelak. Buat masa ini, ianya lebih ditumpukan kepada untuk memudahkan penggunaan, selain dioptimasikan untuk beroperasi lebih pantas lagi.

Sebelum ini, antaramuka Unity telah diperkenalkan melalui Ubuntu 11.04 pada awal tahun ini, sekaligus membawakan desktop Ubuntu ke suatu era baru. Kini, melalui Ubuntu 11.10 yang bakal dilancarkan pada 13 Oktober kelak, pembangun mereka mensasarkan untuk memperkenalkan serba sebanyak perubahan, termasuk dari segi antaramukanya.

Sokongan carian pada Unity juga akan ditambah baik, dan akan memperkenalkan pelbagai kemudahan untuk pengguna melakukan carian yang lebih spesifik.

Ianya turut diperkatakan mungkin merupakan sebahagian daripada perubahan yang bakal diperkenalkan pada Unity, dan sekaligus memperlihatkan apakah yang bakal dibawakan oleh Ubuntu 12.04 kelak.

Sebelum ini, mereka turut sama memperlihatkan perubahan pada skrin log masuk, serta mengumumkan yang mana Thunderbird bakal digunakan sebagai klien emel utama pada Ubuntu 11.10 kelak.

TIPS & ULASAN