Belum pun Google melancarkan rangkaian sosial mereka, Google+ secara rasmi, ianya telah menerima saingan hebat daripada Facebook. Jikalau sebelum ini Facebook hanya menghalang iklan Google+ pada platform mereka, kini ianya turut dilihat memperkatakan yang mana Facebook turut menghalang pautan jemputan Google+ pada Facebook.
Walaubagaimanapun, perkara ini masih tidak dapat disahkan sepenuhnya, memandangkan perkongsian pautan jemputan Google+ pada halaman Facebook Amanz Network berfungsi seperti biasa, memperlihatkan ramai yang dapat menyertainya dengan mudah.
Jadi, apa kata anda?