Carian
CEO Nokia Memberi Amaran Kepada Pengeluar Peranti Android
August 18, 2011 Aman

Motorola - AndroidWalaupun ramai pengeluar peranti Android yang menyokong pembelian Motorola Mobility oleh Google, kini CEO Nokia mengatakan yang mana mereka perlu mula bimbang akan masa depan mereka, sekaligus mengatakan yang mana gerakan Nokia untuk bekerjasama bersama Microsoft adalah salah satu langkah bijak sebelum ini.

Walaupun sebelum ini Google mengatakan yang mana Motorola Mobility akan terus dikendalikan sebagai sebuah organisasi berasingan, beberapa penganalisa telah mengatakan yang mana berkemungkinan Motorola akan mendapat beberapa perkara eksklusif terlebih dahulu sebelum Samsung dan juga HTC.

Walaubagaimanapun, perkara ini masih lagi tidak dapat disahkan, memandangkan salah satu tujuan utama Google membeli Motorola Mobility adalah untuk mendapatkan hak patennya. Namun begitu, pelbagai perkara yang boleh berlaku pada masa depan.

Nokia kini dijangka bakal melancarkan peranti pertama Windows Phone mereka tidak lama lagi, iaitu antara September atau Oktober ini, dengan Nokia N9 juga bakal dilancarkan dan dimulakan jualan tidak lama lagi.

Komen