Cari @ Amanz

Dengan adanya Xbox dan juga Kinect, ianya semestinya telah memeriahkan ruang tamu kita, dan kini, Microsoft mengatakan yang mana ruang tamu pada masa depan akan lebih menarik lagi dengan adanya produk mereka, selain pada masa yang sama turut memperlihatkan integrasi teknologi Xbox, Kinect dan juga Bing.

Microsoft pada masa yang sama, turut memperlihatkan sokongan teknologi suara bersama-sama integrasi ketiga-tiga teknologi tersebut, sekaligus membolehkan para pengguna menikmati hiburan dan beberapa perkara lain, bersama-sama ahli keluarga dengan mudah dan senang.

Ianya juga merupakan sebahagian daripada strategi Microsoft, selain turut memperlihatkan yang mana Bing bukan sahaja sekadar enjin carian, tetapi lebih daripada itu. Sebelum ini, pihak Microsoft turut sama telah melancarkan Avatart Kinect, membolehkan para pengguna berinteraksi dengan mudah. Dan kini, dalam masa beberapa bulan lagi, mereka dijangka akan memperkenalkan lebih banyak perkara menarik melalui platform mereka itu.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd