Cari @ Amanz

Groupon Malaysia Melancarkan Halaman Khas Untuk Pengguna Maybank

Oleh Aman

Link Copied!

Selain memperkenalkan tawaran harian khas untuk para pemegang kad kredit Visa, kini Groupon Malaysia turut sama memperkenalkan perkara yang lebih kurang sama untuk para pelanggan Maybank, dimana kini para pelanggan Maybank boleh menikmati lebih diskaun apabila membuat pembayaran terus melalui Maybank2U.

Untuk menjayakan perkara tersebut, kini Groupon menyediakan sebuah halaman khas, sekaligus membolehkan para pengguna Maybank menikmati lebih banyak perkara menarik selain daripada pengguna sedia ada.

Pada masa yang sama, ianya juga dilihat yang mana angka pengguna Groupon Malaysia telah pun melangkaui lebih daripada 700,000 orang pengguna. Mungkinkah angka penggunannya akan mencapai lebih 1 juta sebelum penghujung tahun ini?


Komen ()