Google Music Beta masih lagi belum dilancarkan kepada umum, namun kini Google telah pun mulakan promosinya dengan lebih meluas lagi, dimana hari ini, Google secara rasminya telah pun melancarkan sebuah blog khas untuk perkhidmatan muzik-awan tersebut, membolehkan para pengguna mengikuti pelbagai perkara menarik mengenainya.
Melalui blog khas yang diberikan nama Magnifier, Google bakal menawarkan satu lagu khas setiap hari, dan menariknya adalah ianya ditawarkan secara percuma. Ianya didatangkan dengan sebuah butang khas, membolehkan anda menambah lagu ke akaun Google Music Beta anda dengan senang dan pantas, dan mula mendengarkannya.
Selain daripada itu, melalui blog khas tersebut juga, Google turut sama menyediakan beberapa tips dan tutorial khas untuk pengguna Google Music Beta dalam menjadikan penggunaan Google Music Beta mereka lebih menarik lagi.