Celcom Bakal Menawarkan Galaxy Tab 10.1 Bermula RM99 Untuk 20 Pelanggan Bertuah?

Celcom Bakal Menawarkan Galaxy Tab 10.1 Bermula RM99 Untuk 20 Pelanggan Bertuah?

Diterbitkan pada Ogos 18, 2011 oleh .

Salah satu peranti yang dinantikan ramai adalah Samsung Galaxy Tab 10.1 yang bakal dilancarkan kepada umum pada hari Sabtu ini eksklusif oleh Celcom. Menariknya adalah dimana kini ianya diperkatakan yang mana Celcom akan menawarkannya pada harga serendah RM99 untuk 20 orang pelanggan bertuah di Kuala Lumpur.

Celcom Galaxy Tab 10.1

Ianya diperkatakan yang mana Celcom bakal mulakan jualan tablet tersebut di tiga lokasi secara serentak, iaitu di Piazza [email protected] Kuala Lumpur, Queensbay Mall Penang, dan juga cawangan Celcom di Jalan Kempas Johor Bahru.

Sebanyak 20 pelanggan bertuah boleh mendapatkannya pada harga serendah RM99, daripada 300 pelanggan pertama yang boleh dapatkannya pada harga RM999 di Kuala Lumpur. Di Johor Bahru dan Pulau Pinang pula, sebanyak 50 pelanggan pertama akan boleh mendapatkannya pada harga RM999.

Seperti biasa, setiap satunya didatangkan bersama-sama dengan pelan Celcom Broadband selama 24 bulan. Namun begitu, memperlihatkan Celcom menawarkannya pada harga serendah RM99 adalah suatu perkara yang amat menarik sekali.


TIPS & ULASAN