Kemaskini Symbian Anna Diperkenalkan Untuk Pengguna Nokia E7 Dan N8 Malaysia

Kemaskini Symbian Anna Diperkenalkan Untuk Pengguna Nokia E7 Dan N8 Malaysia

Diterbitkan pada Ogos 18, 2011 oleh .

Setelah dinantikan sekian lama oleh para pengguna tempatan, kini Nokia telah pun memperkenalkan kemaskini sistem operasi Symbian mereka kepada pemilik peranti Nokia E7 dan juga Nokia N8, dimana mereka boleh mengemaskininya bermula hari ini kepada Symbian Anna dengan mudah.

Melalui Symbian Anna, Nokia membawakan beberapa perubahan dan penambah-baikkan padanya, termasuklah ikon baru pada Symbian Anna. Input berasaskan QWERTY juga ditambah-baik, selain pelayar web yang didatangkan bersama kini lebih pantas dan mudah dikendalikan.

Para pengguna peranti Nokia N8 dan E7 di Malaysia kini sudah boleh mengemaskini kepada Symbian Anna, dan mula menikmati pelbagai fungsi yang didatangkan bersama-sama dengannya.

Kemaskini : Nokia C6-01 dan juga Nokia C7 turut sama telah menerima kemaskini Symbian Anna.

Terima kasih @Piratz


TIPS & ULASAN