Carian
Aplikasi Maybank2U Bakal Diperkenalkan Untuk Para Pengguna iPad
August 18, 2011 Aman

Salah satu perkhidmatan perbankan atas talian terkemuka di Malaysia adalah Maybank, dan kini ianya kelihatan yang mana Maybank bakal melancarkan aplikasi rasmi mereka untuk para pengguna iPad tidak lama lagi. Buat masa ini, aplikasi tersebut hanya sekadar menunggu pelepasan dan pengesahan daripada Apple untuk disertakan pada AppStore.

Buat masa ini, ianya masih lagi tidak diketahui apakah fungsi-fungsi yang bakal ditawarkan oleh Maybank melalui aplikasi mereka itu. Namun begitu, ianya mungkin menawarkan pelbagai fungsi asas yang dinantikan oleh ramai pengguna.

Selain Maybank, CIMB juga turut menyediakan aplikasi mereka untuk para pengguna iOS, Android dan juga peranti mudah-alih yang lain. Mungkinkah ianya turut akan diikuti oleh syarikat perbankan yang lain tidak lama lagi?

M2U is going to be available on the iPad! Just pending approval from App Store now. :) A week or so from now.less than a minute ago via HootSuite Favorite Retweet Reply

Komen