Cari @ Amanz

Salah satu pengumuman menarik pada GamesCom tempoh hari adalah berkenaan dengan penurunan harga untuk PlayStation 3, dan kini, harga baru untuk PlayStation 3 di Malaysia akan mula diperkenalkan kepada semua bermula daripada 22 Ogos kelak. Harga baru ini juga efektif untuk kedua-dua model, iaitu 160GB dan juga 320GB.

Bagi konsol permainan PlayStation 3 16GB yang kini berharga RM1,199 dipasaran, ianya akan dikurangkan menjadi RM1,029, manakala versi 320GB pula akan berubah daripada RM1,299 kepada RM1,079. Dengan perbezaan hanya RM50, mungkin lebih ramai akan mula memilih versi 320GB dipasaran.

Selain daripada itu, ura-ura juga turut memperkatakan yang mana Sony kini dalam pembangunan konsol generasi akan datang untuk PlayStation. Namun begitu, baru-baru ini pada Gamescom, pelbagai permainan baru diperlihatkan untuk PlayStation 3.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd