Cari @ Amanz

Google Malaysia semestinya merupakan salah satu sumber untuk para pengguna mencari maklumat terkini berkaitan hal-ehwal dalam dan luar negara. Dan kini, seperti minggu-minggu lepas, kami membawakan 10 carian paling popular sepanjang minggu lepas di Google Malaysia.

Badminton Livescore / BWF / BAM

Seperti sedia maklum, perlawanan akhir Kejohanan Dunia BWF 2011 telah pun diadakan di Arena Wembley di London, dan ramai peminat sukan badminton tanahair telah mencari pelbagai maklumat berkaitan dengannya, selain turut mencari jadual permainan dan juga skor semasa permainan.

Lin Dan / Lee Chong Wei

Dua nama besar dalam arena badminton dunia ini juga turut sama telah mendapat perhatian, dimana mereka berdua telah bertemu dalam saingan akhir perseorangan lelaki di kejohanan badminton dunia di Arena Wembley. Melaluinya, Lin Dan menewaskan Lee Chong Wei dalam permainan yang mengambil masa selama sejam 22 minit itu.

Nuzul Quran

Bersempena dengan bulan Ramadhan ini, ramai yang telah mencari pelbagai maklumat tambahan mengenai Nuzul Quran, yang mana telah berlangsungnya semalam, iaitu 17 Ogos.

Kad Raya

Nampaknya, dengan hanya dua minggu lagi untuk berpuasa, ramai yang telah mulakan persiapan untuk hari raya, dengan mencari idea awal untuk kad raya serta e-kad raya untuk dihantarkan kepada rakan-rakan dan ahli keluarga mereka.

Ketupat

Salah satu makanan tradisional Melayu pada Hari Raya adalah ketupat. Nampaknya, selain daripada kad raya, ramai juga telah mulakan persiapan hari raya mereka, dengan mencari pelbagai resipi makanan untuk hari tersebut.

MATTA Fair 2011

MATTA Fair telah diadakan di Putra World Trade Centre pada 12 Ogos yang lepas, dimana menawarkan pelbagai pakej lawatan dan percutian yang menarik di dalam dan luar negara.

Barclays Premier League / Premier League

Para peminat dan kaki bola semestinya telah menantikan musim ke-19 permainan bola dari Eropah ini, yang mana telah pun bermula daripada 14 Ogos yang lepas. Carian mengenai siaran langsung melalui web serta skor semasa merupakan salah satu perkara yang dicari oleh ramai pengguna internet.

Bonus Raya 2011

Salah satu perkara yang amat mengembirakan kakitangan kerajaan adalah pengumuman bonus raya, dimana kerajaan telah mengumumkan sekurang-kurangnya bonus setengah bulan akan ditawarkan kepada para pekerja awam.

Cathay

Cathay Pacific telah diminta untuk menarik balik dan mengkaji sebuah iklan dan kempen pemasaran baru mereka.

Senario Ops Pocot

Filem terbaru daripada kumpulan komedi terkenal, Senario telah pun habis ditayangkan di pawagam, dan kini ianya ditayangkan sepanjang bulan Ogos di ASTRO First.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd