Pemegang Saham Motorola Menyaman Google-Motorola

Pemegang Saham Motorola Menyaman Google-Motorola

Diterbitkan pada Ogos 18, 2011 oleh .

Belum pun pembelian Motorola Mobility oleh Google diselesaikan sepenuhnya, kini mereka telah pun disaman oleh salah seorang pemegang saham Motorola, mengatakan yang mana Google tidak membayar nilai yang secukupnya untuk Motorola Mobility.

Seperti sedia maklum, Google membeli Motorola Mobility untuk menambah portfolio paten dan hak cipta dibawah mereka, selain turut mengatakan yang mana Motorola Mobility terus akan dijalankan sebagai organisasi berasingan selepas pembelian dan pengambil-alihan.

Menariknya mengenai pembelian Google adalah, ianya telah membayar sebanyak $12.5 billion, iaitu lebih daripada 63% harga berbanding dengan harga saham syarikat itu sendiri. Namun, ianya sesuatu yang pelik untuk melihat salah seorang pemegang saham Motorola Mobility itu mengemukakan saman di mahkamah, dan berkemungkinan akan tewas padanya. Walauapaun, sama-sama kita nantikan perkembangan perkara ini.


TIPS & ULASAN