Cari @ Amanz

Seperti mana yang dinantikan, hari ini, Lenovo Malaysia telah pun mulakan jualan tablet mereka yang dinantikan, iaitu IdeaPad K1. Buat masa ini, Lenovo Malaysia hanya menawarkan versi WiFi sahaja, dengan versi 3G dijangka akan dilancarkan dipasaran tempatan sedikit masa lagi.

Melalui Lenovo IdeaPad K1, ianya menggunakan sistem operasi Android 3.1 pada skrin seluas 10.1-inch, serta didatangkan dengan cip dwi-teras 1GHz Tegra 2, dan juga 1GB RAM, serta storan terbina 32GB. Untuk menarik minat para pengguna, Lenovo turut mendatangkan tablet mereka dengan beberapa aplikasi menarik, termasuk permainan popular Angry Birds dan juga Need for Speed.

Para pengguna yang berminat, boleh mendapatkan Lenovo IdeaPad K1 pada harga RM1,499 daripada pengedar rasmi mereka bermula daripada hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd