Cari @ Amanz

Google Maps Kini Turut Memperlihatkan Maklumat Cuaca

Oleh Aman

Link Copied!

Google Maps semestinya digunakan ramai untuk melihat dan merancang perjalanan. Dan untuk terus memudahkan para pengguna, kini Google memperkenalkan fungsi cuaca pada Google Maps, membolehkan para pengguna melihat cuaca semasa pada sesuatu kawasan itu dengan mudah terus melalui Google Maps.

Buat masa ini, fungsi cuaca ini disokong dikebanyakkan bandar-bandar utama diseluruh Malaysia, dan mungkin akan diperluaskan ke banyak kawasan lagi dalam masa terdekat. Pada masa yang sama, ianya juga mungkin turut sama diintegrasikan pada aplikasi mudah-alih Google Maps dan Navigation tidak lama lagi.

Bagi mereka yang berminat, anda boleh ke halaman rasmi Google Maps, dan membuat carian lokasi, selain pada masa yang sama melihat cuaca di kawasan tersebut.


Komen ()