Cari @ Amanz

Microsoft Memudahkan Perkongsian Kereta Melalui Aplikasi We’re In

Oleh Aman

Link Copied!

Gemar untuk berkongsi kereta dalam menuju ke sesuatu lokasi? Kini anda boleh melakukannya dengan mudah melalui aplikasi khas daripada Microsoft, iaitu We’re In. Namun begitu, buat masa ini, ianya diperkenalkan untuk para pengguna Windows Phone sahaja, dan mungkin akan diperkenalkan untuk platform lain dalam masa terdekat.

Melalui aplikasi tersebut, para pengguna boleh menguruskan perjalanan, dan pada masa yang sama berkongsi kereta bersama-sama dengan yang lain dengan mudah. Ianya menggunakan fungsi geolokasi, memudahkan anda mengetahui kedudukan rakan-rakan anda, seterusnya menyertai mereka dalam perjalanan ke sesuatu lokasi.

Pada masa yang sama, aplikasi ini juga turut sama memudahkan para pengguna untuk mengetahui kedudukan rakan-rakan mereka disesuatu lokasi, dan boleh bertemu dengan mereka dengan mudah dan pantas. Walaubagaimanapun, disebabkan atas dasar privasi, anda perlu menjemput rakan anda terlebih dahulu untuk berkongsi lokasi dengan anda, dan turut boleh ditetapkan berapa lama anda ingin berkongsi lokasi tersebut.

Para pengguna yang berminat boleh memuat-turun aplikasi We’re In daripada Microsoft ini terus melalui Marketplace, dan mula menggunakannya pada peranti Windows Phone anda. Sokongan untuk platform lain bakal diperkenalkan tidak lama lagi.


Komen ()