Cari @ Amanz

FourSquare Menambah Fungsi Yang Dinantikan – FourSquare Events

Oleh Aman

Link Copied!

Salah satu perkara yang sering dilakukan oleh para pengguna apabila mendaftar masuk disesuatu lokasi adalah untuk memberitahu apakah yang mereka lakukannya disana, termasuk menambah nama filem, nama acara dan sebagainya. Kini, FourSquare memudahkan perkara tersebut melalui FourSquare Events.

Penambahan fungsi ini juga turut sama membawakan peningkatan fungsi sosial pada aplikasi tersebut, dimana kini anda turut sama boleh melihat siapakah bersama-sama dengan anda pada sesuatu lokasi, dan sedang melakukan perkara yang sama dengan anda.

Buat masa ini, sokongan ini telah pun diperkenalkan pada iPhone dan juga halaman rasmi FourSquare, dan bakal diperkenalkan pada lebih banyak platform dalam masa terdekat kelak.


Komen ()