Samsung Bakal Melancarkan Telefon Pintar Baru Pada 1 September

Samsung Bakal Melancarkan Telefon Pintar Baru Pada 1 September

Diterbitkan pada Ogos 19, 2011 oleh .

Seperti sedia maklum, IFA Conference bakal diadakan di Berlin pada 1 September ini, dimana ramai pembangun peranti mudah-alih akan memperkenalkan peranti baru mereka kepada umum. Menariknya, dengan hanya tinggal beberapa hari lagi untuk acara tersebut, Samsung telah pun mengeluarkan video promosi pertama mereka untuk acara tersebut.

Melalui video yang diperlihatkan, ianya menunjukkan yang mana Samsung bakal melancarkan sebuah peranti berbentuk telefon pintar pada 1 September. Walaubagaimanapun, video tersebut memadam telefon tersebut, dengan hanya melihatkan cahaya sahaja.

Jadi, apakah yang bakal dilancarkan oleh Samsung pada 1 September kelak? Adakah ianya merupakan peranti Windows Phone daripada Samsung? Ataupun adakah ianya merupakan Nexus Prime yang menggunakan Android yang mana dinantikan oleh ramai pengguna? Apa kata anda?


TIPS & ULASAN