Cari @ Amanz

Dengan pelancaran Ice Cream Sandwich yang semakin dekat, disasarkan untuk suku tahun keempat tahun ini, salah satu peranti yang dinantikan adalah Nexus Prime. Kini menurut beberapa laporan awal, Nexus Prime dijangka akan dilancarkan secara rasminya oleh Samsung sekitar bulan Oktober ini.

Ianya turut sama diperkatakan yang mana Nexus Prime ini kelak akan membawakan skrin HD AMOLED seluas 4.5-inci, dan turut sama didatangkan dengan cip pemprosesan dwi-teras 1.5GHz. Walaubagaimanapun, ianya masih lagi pada peringkat ura-ura dan Samsung masih belum mengeluarkan spesifikasi rasmi untuk peranti tersebut.

Pada masa yang sama, Samsung juga turut sama dijangka bakal memperlihatkan sebuah telefon pintar baru pada 1 September ini. Mungkinkah ianya merupakan Nexus Prime? Sama-sama kita nantikannya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd