Dengan pelbagai gergasi IT menumpukan kepada perkhidmatan muzik, kini Research In Motion turut sama tidak ketinggalan, dimana kini ianya diperkatakan yang mana mereka dalam proses perbincangan bersama-sama beberapa syarikat rakaman, dan bakal melancarkan perkhidmatan BlackBerry Muzik tidak lama lagi.
Ianya diperkatakan, berkemungkinan perkhidmatan muzik BlackBerry itu akan diintegrasikan bersama-sama dengan perkhidmatan permesejan segera mereka, iaitu BlackBerry Messenger. Walaubagaimanapun, bagaimanakah ianya akan berfungsi masih lagi tidak diketahui buat masa ini.
Sebelum ini, seperti semua sedia maklum, Apple telah pun mempunyai perkhidmatan muzik mereka sendiri melalui iTunes, dan Google telah pun memulakan perkhidmatan Google Music dan turut menyediakan aplikasi khas untuk Android. Mungkinkah nama BlackBerry akan naik dikalangan pengguna umum dengan pelancaran BlackBerry Music kelak? Sama-sama kita nantikannya.