Cari @ Amanz

Dalam suatu perkara yang mengejutkan hari ini, HP telah pun mengumumkan yang mana mereka akan menghentikan pembangunan semua peranti webOS, termasuk tablet TouchPad dan juga telefon pintar webOS. Namun begitu, ianya masih tidak diketahui berkenaan dengan masa depan sistem operasi itu sendiri.

Sebelum ini, HP pernah bercadang untuk melesenkan sistem operasi mereka kepada pihak ketiga. Namun masih belum melaksanakan perkara tersebut sehingga ke hari ini. Ianya juga masih belum dapat dipastikan samada adakah HP akan menjual platform tersebut kepada pihak ketiga ataupun bagaimana, memandangkan kos untuk menjaga infrastruktur tersebut semestinya mahal jikalau tidak digunakan oleh mereka sendiri.

Pada masa yang sama, ianya juga tidak diketahui berkenaan dengan pelanggan dan pengguna sedia ada peranti webOS, termasuk tablet HP TouchPad dan juga beberapa telefon pintar lain seperti Pre, Pre 2 dan lain-lain. Sebelum ini, HP telah mengambil-alih Palm pada April tahun lepas, pada harga lebih kurang $1.2 billion, sekaligus mendapat akses kepada peranti Palm dan juga sistem operasi webOS.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd