Cari @ Amanz

Seperti diperkatakan sebelum ini, kini Google telah pun mula mengintegrasikan sokongan perkongsian pada Google+ pada laman video popular, iaitu YouTube, dimana kini melaluinya, ianya menawarkan sokongan untuk anda memulakan Hangout bersama rakan-rakan anda yang lain untuk menonton sesuatu video itu.

Melalui butang khas yang ditambah itu, ianya membolehkan anda menonton sesuatu video itu melalui Google+ Hangout bersama-sama dengan rakan-rakan anda yang lain, sekaligus membawakan fungsi sosial ke suatu tahap yang baru.

Sebelum ini, ianya hanya menawarkan anda untuk berkongsi pautan sahaja melalui Facebook mahupun Twitter. Namun dengan fungsi Google+ Hangout, ianya membuka suatu tetingkap baru, membolehkan anda menambah rakan-rakan Google+ untuk menonton video tersebut bersama-sama. Mungkinkah ini akan memberikan impak yang besar kepada Facebook?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd