Cari @ Amanz

Dengan pelancaran Firefox 6 tempoh hari, kini Mozilla telah pun mengemaskini saluran pembangunan beta mereka, dimana kini para pengguna boleh memuat-turun Firefox 7 Beta untuk Windows, Mac OS X dan juga Linux. Salah satu penambahan yang menarik pada pelayar web Mozilla ini adalah pengurusan memori yang lebih dipertingkatkan berbanding sebelum ini.

Sehingga kini, salah satu perkara yang diminta ramai pengguna Firefox adalah pengurusan dan penggunaan memori padanya. Kini, akhirnya Mozilla mula memberikan perhatian padanya, yang mana melaluinya Mozilla menjanjikan pengurangan penggunaan memori sehingga 50%, sekaligus dijangka akan mempertingkatkan prestasi pelayar web Mozilla itu sendiri, selain pada masa yang sama menjadikannya lebih stabil.

Pada masa yang sama, Firefox 7 Beta turut memberikan perhatian pada Firefox Sync, dimana melajukan lagi proses sync pada pelayar web tersebut. Beta terbaru ini juga turut didatangkan dengan Azure Direct2D, serta membawakan lebih sokongan untuk CSS3.

Para pengguna yang berminat boleh memuat-turun pelayar web Firefox 7 Beta ini, sementara menunggu pelancaran rasmi pelayar web ini dalam tempoh 6 minggu lagi, dan disasarkan untuk pelancaran 27 September kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd