Cari @ Amanz

Facebook Melancarkan Panduan Keselamatan Dan Sekuriti

Oleh Aman

Link Copied!

Dalam usaha untuk mendidik para pengguna dengan keselamatan dan sekuriti pada Facebook, hari ini, Facebook secara rasminya telah pun melancarkan sebuah buku digital khas, membolehkan para pengguna memuat-turun dan memahami dengan lebih lanjut lagi berkenaan dengan keselamatan pada Facebook.

Melaluinya, antara topik yang disentuh, termasuklah penggunaan tetapan sekuriti dengan lebih baik, mendapatkan kembali akaun yang digodam, dan melindungi akaun Facebook daripada perkara yang tidak diingini. Pada masa yang sama, ianya juga menerangkan mengapakah para pengodam inginkan akaun Facebook anda.

Mereka yang berminat boleh memuat-turun panduan ringkas setebal 20 halaman ini dalam bentuk PDF secara terus daripada laman Facebook Safety Center.


Komen ()