Cari @ Amanz

Kemaskini : Celcom telah mengubah pelan dengan mengantikannya bersama dengan pelan Celcom Broadband, dan bukannya Celcom Exec.

Seperti mana yang dinantikan, hari ini, Celcom bakal melancarkan pelan dan pakej untuk Samsung Galaxy Tab 10.1, dan menariknya, kini pakej tersebut sudah pun mula kelihatan pada halaman rasmi mereka, namun disembunyikan menggunakan HTML buat sementara waktu. Samsung Galaxy Tab 10.1 yang bakal ditawarkan oleh Celcom adalah versi 3G, dan berharga RM1899 dipasaran Malaysia.

Melalui pakej yang diperlihatkan, ianya menunjukkan yang mana Celcom menawarkannya pada harga bermula RM1498 dengan kontrak selama 24 bulan untuk pakej mPro, manakala pada harga RM1558 dengan kontrak bulanan selama 24 bulan untuk pakej mAdvance.

Menariknya, bersempena dengan pelancaran juga, Celcom menawarkannya pada harga yang amat murah sekali, iaitu pada harga RM999 dengan langganan perkhidmatan mereka (berkemungkinan mPro selama 24 bulan). Pada masa yang sama, mereka turut sama menyediakan sebanyak 20 tablet bertuah kepada pelanggan mereka, dimana mereka boleh mendapatkannya pada harga serendah RM99 sahaja. Celcom turut sama menyediakan hadiah tambahan khas untuk pembeli Galaxy Tab daripada mereka pada hari tersebut.

Kemaskini : Celcom telah mengubah pelan dengan mengantikannya bersama dengan pelan Celcom Broadband, dan bukannya Celcom Exec.

Celcom Galaxy Tab

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd