BlackBerry Bold 9900 Bakal Dilancarkan Dan Dijual Pada 15 September Di Malaysia

BlackBerry Bold 9900 Bakal Dilancarkan Dan Dijual Pada 15 September Di Malaysia

Diterbitkan pada Ogos 19, 2011 oleh .

Hari ini, secara rasminya Research In Motion telah pun mengumumkan yang mana mereka bakal melancarkan dan mulakan jualan BlackBerry Bold 9900 di Malaysia pada 15 September kelak, dan boleh didapati melalui tiga syarikat telekomunikasi utama, iaitu Maxis, DiGi dan juga Celcom.

BlackBerry Bold 9900

Buat masa ini, Maxis dan DiGi telah pun mulakan pendaftaran minat untuk peranti tersebut. Dan BlackBerry Malaysia sendiri telah mengumumkan yang mana mereka yang berminat boleh melakukan pendaftaran minat pada halaman rasmi mereka. Namun begitu, buat masa ini, halaman rasmi BlackBerry Bold 9900 hanya memperlihatkan pautan ke laman DiGi sahaja.

Melalui Bold 9900, ianya membawakan skrin sentuh, dan juga papan kekunci QWERTY padanya, cip pemprosesan sepantar 1.2GHz, RAM 768MB, kamera 5-megapixel dengan sokongan rakaman HD, sokongan NFC, dan menggunakan BlackBerry OS 7.


TIPS & ULASAN