Cari @ Amanz

Nampaknya Celcom telah membuat pertukaran akhir pada pakej mereka, dimana berbanding dengan pakej Celcom Exec, mereka kini mengantikannya dengan Celcom Broadband, membolehkan para pengguna mendapatkan Galaxy Tab 10.1 pada harga serendah RM1,468, dan hanya memerlukan pembayaran pendahuluan sebanyak RM150 sahaja.

Melalui apa yang diperlihatkan, ianya menunjukkan yang mana Celcom menawarkan dua pakej berbeza, iaitu Broadband Basic dengan komitmen bulanan sebanyak RM68, dan juga Broadband Advance dengan komitmen bulanan sebanyak RM98.

Celcom juga bakal menawarkan sebanyak 300 peranti pertama di Kuala Lumpur pada harga RM999, dan juga sebanyak 50 peranti dengan harga sama di Pulau Pinang dan juga Johor Bahru.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd