Carian
Valve Hanya Akan Melancarkan DOTA 2 Pada Tahun Hadapan?
August 19, 2011 Aman

Walaupun sebelum ini ianya diperkatakan yang mana kemaskini kepada permainan popular, Defense of the Ancients akan dilancarkan pada penghujung tahun ini, nampaknya ianya tidak akan tercapai, dan hanya akan dilancarkan pada tahun depan.

Walaubagaimanapun, Valve dijangka akan memulakan beta tertutup tidak lama lagi, seterusnya melancarkan DOTA 2 Beta terbuka kepada semua, sebelum ianya dilancarkan pada tahun hadapan.

Pada awal minggu ini, Valve telah memperlihatkan DOTA 2 mereka kepada umum ketika acara Gamescom, selain turut telah mengadakan sebuah pertandingan khas, yang mana memperlihatkan wakil daripada pelbagai negara, termasuk Malaysia menyertainya.

Komen