Akhirnya, kini permainan The Sims Social telah pun dilancarkan, membolehkan para pengguna Facebook mengawal watak mereka, sambil bersosial bersama-sama dengan rakan mereka yang lain. Ini sekaligus menjadi permainan terawal daripada Electronic Arts pada platform Facebook.
Bagi yang pernah bermain The Sims yang pernah dikeluarkan Electronic Arts, semestinya tiada sebarang masalah untuk bermain perkara ini, memandangkan ianya membawakan fungsi permainan serupa dan lebih ringkas, serta dioptimasikan untuk pelayar web. Melaluinya, para pengguna mengawal sebuah watak khas, dengan menjalankan tugas harian, dan menghabiskan misi-misi dalam permainan tersebut.
Para pengguna yang berminat, boleh memainkan permainan ini di Facebook bermula sekarang secara percuma.