Nampaknya, kini Facebook menguji fungsi kemaskini masa-nyata pada bahagian tepi laman mereka secara lebih meluas, dimana fungsi yang dinamakan Ticker itu kini dilihat oleh lebih ramai pengguna, termasuk pengguna tempatan. Sebelum ini, fungsi ini hanya diperlihatkan kepada segelintir kecil sahaja beberapa bulan yang lalu.
Namun begitu, ianya masih tidak diketahui samada adakah Facebook akan mengimplementasikannya ataupun tidak, memandangkan ianya akan memberikan impak kepada bagaimana iklan diperlihatkan pada Facebook.
Walaubagaimanapun, dari segi pengguna, ianya kelihatan memudahkan para pengguna mengikuti kemaskini rakan-rakan mereka dalam bentuk masa-nyata, dan tidak memerlukan pengguna ke sesuatu halaman untuk membalas komen dan melihat sesuatu media, tetapi boleh mengikutinya secara terus melalui halaman utama Facebook.
Terima kasih Cik Mal