Sepertimana yang diperkatakan sebelum ini, kini, hari ini, pihak Wall Street Journal sendiri mengesahkan yang mana Apple sedang dalam proses membangunkan iPad generasi baru dengan resolusi yang lebih tinggi berbanding dengan iPad yang terdapat sekarang ini.
Menurut WSJ, iPad baru itu kelak akan membawakan resolusi 2048×1536 padanya, dan kekal membawakan skrin seluas 9.7-inci seperti yang terdapat pada iPad sekarang ini. Ianya turut diperkatakan yang mana Apple bakal mulakan ujian pengeluaran sekitar bulan Oktober kelak, dan sekiranya semuanya berjalan lancar, iPad generasi ketiga ini mungkin akan menemui pengguna pada awal tahun hadapan.