Selain daripada beta baru untuk Windows, Linux dan juga Mac, Mozilla turut sama telah mengemaskini pelayar web mudah-alih mereka, memperkenalkan Firefox 7 Beta untuk para pengguna Android, dan boleh dimuat-turun melalui Android Market bermula hari ini.
Melalui Firefox 7 Beta untuk Android, kini pelayar web kesukaan ramai itu membawakan memori yang dioptimasikan, sekaligus menjimatkan penggunaan memori pada pelayar web tersebut, sekaligus membawa prestasti pelayar web tersebut ke suatu tahap yang lebih tinggi, dan beroperasi dengan lebih stabil lagi.
Pada masa yang sama, ianya turut membawakan sokongan copy/paste padanya, selain turut membawakan sokongan Firefox Sync yang lebih pantas berbanding sebelum ini. Ianya turut membawakan fungsi yang dinantikan ramai, iaitu kebolehan untuk kembalikan sesi pelayaran web dan tab anda sekiranya anda tertutup pelayar web Firefox anda.
Para pengguna Android yang berminat, boleh menguji Firefox 7 Beta ini dengan memuat-turunnya terus daripada Android Market.