HTC Evo 3D Kini Boleh Didapati Di Malaysia Pada Harga RM2199

HTC Evo 3D Kini Boleh Didapati Di Malaysia Pada Harga RM2199

Diterbitkan pada Ogos 19, 2011 oleh .

Seperti mana yang kami laporkan sebelum ini, kini HTC Evo 3D sudah pun boleh didapati di Malaysia melalui Cubic Platforms, dan menariknya adalah dimana memori kad rasmi daripada SiS turut sama didatangkan bersama-sama dengan filem khas didalamnya khas untuk pengguna dan pembeli HTC Evo 3D Malaysia.

Buat masa ini, unit yang ditawarkan oleh Cubic Platforms adalah amat terhad, selain mana mereka turut mengatakan yang mana berkemungkinan syarikat telekomunikasi turut sama akan menawarkannya dalam sedikit masa lagi.

Di Malaysia, HTC Evo 3D membawakan harga jualan sebanyak RM2199, membawakan Android 2.3 Gingerbread, cip pemprosesan sepantas 1.2GHz, kamera 5-megapixel, dan juga skrin seluas 4.3-inci dengan sokongan 3D. Bagi yang berminat, boleh mendapatkannya daripada Cubic Platforms di Sunway Giza, HTC The Gardens ataupun HTC KLCC.


TIPS & ULASAN