Cari @ Amanz

Hari ini, genap tiga tahun syarikat telekomunikasi Packet One ataupun lebih dikenali sebagai P1 beroperasi di Malaysia. Sejak daripada pelancaran, dengan pengenalan kempen “Potong” semestinya mereka telah memenangi pelbagai hati pengguna untuk berpindah dan menggunakan talian mereka, dan kini mereka mempunyai lebih daripada 338,000 orang pelanggan.

Namun begitu, apabila ditanya mengenai salah satu kesilapan awal pada P1, adalah dimana mereka tidak mengawal pendaftaran baru untuk menyertai perkhidmatan mereka. Setelah diperkenalkan kempen “Potong” mereka telah menerima pendaftaran baru yang banyak, sekaligus membuatkan ramai pengguna terpaksa ditampung oleh infrastruktur semasa mereka ketika itu, dan memberikan impak negatif kepada mereka.

Walaubagaimanapun, kini mereka telah mempertingkatkan perkhidmatan mereka, dan dengan pengenalan modem baru, talian P1 tampak lebih stabil, serta menawarkan kelajuan yang lebih baik berbanding modem-modem sebelum ini.

Kini, P1 dalam sasaran untuk mencapai 450,000 orang pelanggan dalam tahun ini, serta pada tahun ini juga mereka bakal memulakan ujian untuk rangkaian LTE TDD, yang mana bakal membawakan kelajuan internet lebih pantas daripada sekarang.

Bersempena dengan ulang-tahun ketiga ini juga, P1 menawarkan beberapa ganjaran kepada pengguna dan pengikut mereka melalui laman sosial, yang mana menawarkan hadiah berupa akses internet percuma selama lebih kurang setahun.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd