Cari @ Amanz

Ingin mengembara ke hutan Amazon, tetapi bimbang akan beberapa faktor seperti keselamatan dan kewangan? Mungkin kini anda tidak perlu bimbang lagi, kerana Google kini telah pun menghantar pasukan mereka untuk mengembara di hutan Amazon, dan merakamkannya untuk disertakan pada Google StreetView.

Untuk menjayakannya, Google turut sama bekerjasama bersama badan yang menjaga Amazon, iaitu Sustainable Amazon Foundation, serta pada masa yang sama turut mengupah beberapa penduduk tempatan disana untuk menjadi pembantu pengembaraan mereka itu.

Dengan penyertaan hutan Amazon pada Google StreetView, semestinya ianya akan menjadi salah satu perkara yang dinantikan oleh ramai pencinta flora dan fauna, dan pada masa yang sama memudahkan para pengguna melihat keindahan hutan Amazon terus melalui pelayar web mereka.

Buat masa ini, ianya masih lagi tidak diketahui bilakah rakaman semua gambar akan tamat dan akan diproses dan dimuat-naik ke Google StreetView.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd