Apple iPhone 5 Dan iOS5 Pada Awal Oktober?

Apple iPhone 5 Dan iOS5 Pada Awal Oktober?

Diterbitkan pada Ogos 20, 2011 oleh .

Kini, setelah satu demi satu informasi mula kelihatan mengatakan yang mana Apple bakal mulakan jualan iPhone 5 pada awal Oktober kelak, yang mana berkemungkinan pada hari yang sama juga iOS 5 bakal dilancarkan kepada umum, iaitu kepada pengguna peranti iOS seperti iPhone, iPod Touch dan juga iPad.

Walaubagaimanapun, ianya merupakan tarikh jualan, dan berkemungkinan kita akan dapat melihat Apple memperkenalkan peranti mereka pada acara tahunan mereka yang biasanya diadakan pada bulan September. Namun perkara ini masih lagi tidak dapat disahkan buat masa ini.

Pada masa yang sama, ketibaannya di Malaysia berkemungkinan antara satu hingga lima bulan selepas pelancarannya di Amerika Syarikat. Mungkin juga kita akan dapat melihat ianya dilancarkan di Malaysia lebih pantas lagi, dengan tiga syarikat telekomunikasi utama negara dijangka akan menawarkannya.


TIPS & ULASAN