Celcom Bakal Menawarkan BlackBerry Bold 9900 Dan Torch 9860

Celcom Bakal Menawarkan BlackBerry Bold 9900 Dan Torch 9860

Diterbitkan pada Ogos 20, 2011 oleh .

Nampaknya, setelah Maxis dan DiGi memulakan pra-daftar minat untuk BlackBerry Bold 9900, kini Celcom turut sama mula mengorak langkah. Melalui halaman rasmi Celcom, mereka telah pun memperlihatkan mesej menunjukkan yang mana Celcom bakal menawarkan BlackBerry Bold 9900 dan juga BlackBerry Torch 9860.

Walaubagaimanapun, mereka masih lagi belum menyediakan halaman khas untuk mendaftarkan minat, dan mungkin mereka akan memperkenalkannya tidak lama lagi. Dengan ini juga, ianya memperlihatkan yang mana ketiga-tiga gergasi telekomunikasi Malaysia bakal mulakan jualan BlackBerry Bold 9900 kepada umum pada 15 September secara serentak.

Semestinya kita boleh nantikan harga yang menarik daripada ketiga-tiga penyedia ini. BlackBerry Bold 9900 ditawarkan pada harga RM2188 tanpa sebarang kontrak daripada Brightstar Malaysia.


TIPS & ULASAN