Google+ Memperkenalkan Akaun Yang Disahkan Untuk Selebriti

Google+ Memperkenalkan Akaun Yang Disahkan Untuk Selebriti

Diterbitkan pada Ogos 20, 2011 oleh .

Sama seperti pada Twitter, kini Google+ turut sama memperkenalkan akaun yang disahkan, sekaligus memudahkan para pengguna untuk mengikuti personaliti popular seperti artis, ahli politik, selebriti dan lain-lain dengan mudah dan tanpa ragu-ragu mengenai kesahihan akaun Google+ mereka.

Bermula hari ini, Google+ memperlihatkan sebuah tanda khas bersebelahan dengan nama akaun mereka, dan memperlihatkan perkataan Verified bersebelahan dengannya. Dengan perkara ini, sekaligus ianya memperlihatkan yang mana Google+ mungkin hanya akan memperkenalkan fungsi halaman untuk jenama dan organisasi sahaja, tanpa sebarang halaman khas untuk selebriti seperti pada Facebook.


TIPS & ULASAN