Dengan HP mengumumkan hendak menghentikan pengeluaran peranti webOS, kini seperti semua sedia maklum, masa depan platform webOS seperti tidak stabil, dan mengambil langkah awal, kini Microsoft menawarkan pelbagai insentif untuk pembangun webOS sedia-ada, termasuk menawarkan latihan dan juga peranti Windows Phone secara percuma.
Dengan penyertaan para pembangun webOS ke komuniti Windows Phone, semestinya ianya akan menguntungkan pihak Microsoft, dengan lebih banyak aplikasi dibangunkan untuk platform mereka.
Buat masa ini, Microsoft mempunyai hampir 30,000 aplikasi pada Windows Phone Marketplace, dan dengan pelancaran Mango tidak lama lagi, serta peranti daripada Nokia, semestinya angka ini akan berkembang dengan pesat dalam tahun akan datang.
To Any Published WebOS Devs: We’ll give you what you need to be successful on #WindowsPhone, incl.free phones, dev tools, and training, etc.