Lebih Maklumat Berkaitan Perkhidmatan BlackBerry Music Kedengaran

Lebih Maklumat Berkaitan Perkhidmatan BlackBerry Music Kedengaran

Diterbitkan pada Ogos 20, 2011 oleh .

Lanjutan daripada laporan mengatakan yang mana RIM bakal melancarkan perkhidmatan BlackBerry Music kepada para penggunanya, kini beberapa maklumat tambahan mengenai perkhidmatan tersebut diketahui. Buat masa ini, ianya dikatakan RIM telah pun memeterai perjanjian bersama salah satu syarikat rakaman, dan sedang dalam perbincangan bersama yang lain.

Dan pada masa yang sama, perkhidmatan BlackBerry Music itu akan dikenakan caj bulanan serendah $5 setiap bulan, dimana anda boleh mendengar sehingga 50 buah lagi pada sesuatu masa. Dan menariknya, sekiranya rakan BBM anda turut sama melanggan perkhidmatan tersebut, anda boleh mendengar lagu daripada pilihan mereka sekali tanpa sebarang caj tambahan.

Namun begitu, perkara ini masih lagi pada peringkat pembangunan awal, dan mungkin kita akan dapat mendengar lebih banyak maklumat berkaitan dengan BlackBerry Music ini pada minggu-minggu akan datang.


TIPS & ULASAN