Cari @ Amanz

Setelah pelancaran Firefox 7 Beta, kini Mozilla turut sama telah mengemaskini saluran Aurora mereka, dimana kini Firefox 8 Aurora boleh diuji oleh para pengguna Windows, Mac dan juga Linux, yang mana membawakan beberapa fungsi percubaan, termasuk sedikit perubahan pada antaramuka pelayar web.

Salah satu fungsi utama pada Firefox 8 Aurora adalah dimana kini pengguna diberikan lebih kawalan pada add-on yang dipasang pada pelayar web mereka. Pada masa yang sama, kini setiap kali para pengguna ingin memasang suatu add-on yang baru, pengesahan pengguna akan diminta, sekaligus mengelakkan sesuatu aplikasi pihak ketiga itu dipasang secara automatik.

Dari segi antaramuka pula, kini Firefox 8 Aurora membawakan sokongan animasi pada tab, menjadikan pelayar web anda lebih menarik lagi. Selain daripada itu, kini setiap versi Firefox dilabelkan pada tetingkap pelayar web, memudahkan pengguna mengetahui mereka sedang menggunakan versi yang mana.

Para pengguna yang berminat boleh memuat-turun Firefox 8 Aurora untuk Windows, Linux dan juga Mac, dan mula bereksperimen dengan pelayar web yang bakal dilancarkan secara rasminya dalam tempoh 12 minggu lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd