Kini Anda Boleh Bermain Gasing Pada Peranti iOS

Kini Anda Boleh Bermain Gasing Pada Peranti iOS

Diterbitkan pada Ogos 20, 2011 oleh .

Gemar bermain gasing? Kini anda turut sama boleh bermain gasing pada telefon pintar iPhone anda melalui sebuah aplikasi khas yang dinamakan Gasing Galop yang dibangunkan oleh pembangun tempatan. Ianya juga terdiri daripada beberapa peringkat, dimana setiap peringkat membawakan cabaran baru serta memberikan akses kepada buah gasing yang baru.

Secara ringkasnya, melalui permainan tersebut, para pengguna akan mengawal gasing anda menggunakan sebuah accelerometer khas, dan perlu mengelakkan daripada gasing anda terkeluar daripada bulatan tersebut.

Permainan ini buat masa ini ditawarkan secara percuma melalui AppStore, dan boleh digunakan pada peranti yang menggunakan iOS 3 dan terkini termasuk iPhone, iPod Touch dan juga iPad.


TIPS & ULASAN