Firefox 8 Aurora Untuk Android Membawakan Sokongan Master Password

Firefox 8 Aurora Untuk Android Membawakan Sokongan Master Password

Diterbitkan pada Ogos 20, 2011 oleh .

Selain daripada kemaskini untuk Windows, Mac dan juga Linux, Mozilla turut sama telah mengeluarkan kemaskini pelayar web mereka untuk Android, dimana kini para pengguna Android boleh memuat-turun Firefox 8 Aurora untuk peranti mereka dan mengujinya terlebih dahulu sebelum ianya dilancarkan secara rasmi dalam tempoh 12 minggu lagi.

Salah satu fungsi baru yang didatangkan bersama-sama dengan Firefox 8 Aurora untuk Android adalah sokongan Master Passwords, dimana melaluinya para pengguna boleh encrypt nama pengguna dan kata laluan untuk sekuriti dan keselamatan yang lebih bagus lagi. Pada masa yang sama, pengguna hanya memerlukan satu sahaja kata laluan untuk mengakses pelbagai perkara.

Pada masa yang sama, lagi satu fungsi menarik yang baru adalah sokongan kebolehan untuk menambah Bookmark pada skrin utama, dimana para pengguna kini boleh menyimpan laman web yang mereka gemari untuk akses pantas terus daripada skrin utama Android.

Mereka yang berminat boleh memuat-turun Firefox 8 Aurora untuk Android ini dan mengujinya terlebih dahulu, sebelum versi beta pertama untuknya dikeluarkan dalam tempoh 6 minggu lagi.


TIPS & ULASAN